Adakah anda pernah fikir apabila tisu tandas habis digunakan, benda yang tinggal ada apa kegunaannya? Hari ini, kita boleh kitar semula dengan kreativiti menghiaskan "toilet roll" kepada hiasan gantung yang cantik sekali.
Bahan yang perlu anda sediakan ialah gam, pelekat dua belah, kertas warna, 'toilet roll', gunting, tali dan kertas tebal.
Langkah 1:
Potong 'toilet roll' kepada saiz yang anda suka.
Langkah 2:
Gunting kertas tebal dalam bentuk bulat dan gam ke atas 'toilet roll'.
Langkah 3:
Gam kertas warna ke atas kertas tebal tadi, kemudian lekat kertas warna yang lebih ke bawah.
Langkah 4:
Kemudian, buat satu lubang kecil dan masukkan tali.
Langkah 5:
Selepas masuk tali, lubang di sebelah 'toilet roll' itu mengulang sekali langkah 2 dan langkah 3.
Langkah 6:
Seterusnya, gamkan kertas warna di bahagian tengah 'toilet roll'.
Langkah 7:
Akhirnya, gam gambar-gambar yang anda suka ke atasnya.
Tengok, satu hiasan yang begitu comel dibuat daripada bahan kitar semula! Cubalah dalam cuti sekolah ini ^^
(semua gambar diambil dari buku "Suncolor")
leer más...